|
|
Pada Perhimpunan Mingguan hari Isnin, 23 Jun 2008 telah dirasmikan Hari Koperasi Sekolah 2008. Perasmian disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Tn Hj Mat Radzi b Hassan.  Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan bacaan dua perutusan Hari Koperasi Sekolah 2008. Perutusan YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh b Hj Omar telah dibacakan oleh PK Pentadbiran, En Muhammad Dan b Mahat dan perutusan Yang Dipertua ANGKASA, YM Profesor Diraja Ungku A Aziz dibacakan oleh PK Hal-Ehwal Murid, En Meor Alim Shah b Nazari. Majlis Perasmian Hari Koperasi Sekolah 2008 telah diserikan dengan beberapa persembahan pelajar dan diakhiri dengan nyanyian Lagu Koperasi. Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk sambutan Hari Koperasi Sekolah 2008 adalah: - Penghargaan Koperator Koperasi Sekolah
- Edaran tanda peringatan Hari Koperasi Sekolah
- Jualan murah
- Gotong royong membersihkan kawasan sekolah
Sila klik pada pautan di bawah untuk ke laman web ANGKASA.
|
|
|
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 2008 untuk staf SMK Dato’ Wan Ahmad Rasdi diadakan pada hari Sabtu, 21 Jun 2008 di Pusat Sumber Sekolah. Sesi LDP telah berlangsung selama 4 jam iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  LDP kali ini adalah mengenai "Team Building & Team Binding" yang telah disampaikan oleh En Mohamad Adam b Mohd Saud, Kaunselor Pentadbiran di Pejabat Pelajaran Daerah, Larut Matang dan Selama. Warga sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian En Mohamad Adam b Mohd Saud melapangkan masa untuk mengendalikan sesi motivasi yang amat berfaedah kepada wargakerja Rasdian.
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 Seterusnya > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 4 drpd 16 |