Sejarah Sekolah PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Pentadbir Laman   

 


Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8, Changkat Jering, Perak ditubuhkan pada 2 Januari, 1991. Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Bendang Siam, Changkat Jering pada sesi petang. Jumlah pelajar pada ketika itu ialah seramai 146 orang dan bilangan guru pula ialah seramai 14 orang sahaja termasuk Pengetua dan Guru Kanan Pentadbiran.

Staf 1991
Barisan staf terawal pada tahun 1991 menumpang di SK Bendang Siam.
Klik pada gambar untuk melihat imej lebih besar.

 

 

Kantin Blok Bilik Darjah
Padang Laluan masuk
Sekolah sedang rancak dibina sekitar tahun 1991-92.



Sekolah siap dibina dan diduduki.  Proses pengindahan kawasan sekolah bermula. 

Album GambarGambar-gambar (bersaiz besar) sekolah dalam proses pembinaan

Majlis Penubuhan PIBG

Persatuan Ibu Bapa Guru telah ditubuhkan dengan rasminya pada 15 Mac 1991.  Majlis penubuhannya yang diadakan di SK Bendang Siam dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohd Razlan Abd Hamid, ADUN Changkat Jering.


Pada 2 Januari, 1993, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Kampung Chengal Jantan, Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering.

 

 



Pengetua pertama ialah Tuan Hj Hamdi b Hj Hussin. Pengetua kedua ialah Tuan Hj Jaafar b Harun, AMN, PPT yang berkhidmat mulai 1 Januari 1992 sehingga beliau bersara pada 21 November, 1999. Pengetua yang ketiga pula ialah Tn Hj Yahya b Abdul Rahman. Pengetua seterusnya, iaitu yang keempat, ialah En Mustapa bin Embin, AMP. Beliau bersara mulai dari 4 April, 2008.


 
Terdapat empat buah bangunan iaitu dua buah bangunan tiga tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah, pejabat, bilik guru, surau, Makmal Sains, Pusat Sumber, Bilik Ekonomi Rumahtangga, Bilik Kaunseling, Bilik Buku Teks dan setor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dua buah bangunan lagi menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup dan kantin.

 


Sekolah ini terus berkembang maju setanding dengan sekolah-sekolah lain yang telah lama wujud. Pada tahun 1995, setelah dua tahun mendiami kawasan dan bangunan sendiri, SMK Batu Lapan telah berjaya menjadi johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan Sekolah (Program 3K) peringkat negeri Perak dan mendapat tempat ketiga di peringkat kebangsaan. Pada tahun berikutnya, sekolah ini telah menjadi Juara Peringkat Kebangsaan.

 



Sekolah telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada 6 Mei, 1997.

 

 


Kemudahan fizikal sekolah terus bertambah dengan pembinaan dua buah bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, Makmal Sains Tulen, Bengkel Kemahiran Hidup dan Pusat Sumber Baru. Dua blok bangunan tambahan ini mula dibina pada bulan Mei 1997 dan mula digunakan pada 4 Januari, 1999.

 

 


Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8, Changkat Jering telah ditukar namanya kepada: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' WAN AHMAD RASDI, CHANGKAT JERING mengikut surat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP (JPS) 5181/57/(56) bertarikh 23hb Jun, 2000.

Majlis Pemasyhuran Nama Baru Sekolah telah disempurnakan oleh anakanda beliau, Allahyarham Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Seri Wan Omar b Wan Ahmad Rasdi, SPMP, PMP, KMN, JP, TGP, MJF, PHF, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama pada 29hb Ogos, 2000 bersamaan 29 Jamadilawal, 1421.

 

 


Kini, SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi mempunyai seramai 1005 orang pelajar dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan Lima. Bilangan guru ialah seramai 57 orang termasuk Pengetua, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru kanan, guru-guru serta dibantu oleh 11 orang staf bukan akademik.

Dalam masa sedekad, sekolah ini telah berkembang dengan pesat dan berupaya menempa nama dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sekolah memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar dengan slogan "Beriman, Berilmu dan Beramal".





Share |

 

rasdian