|
Minggu Sains dan Matematik |
|
|
|
|
Ditulis oleh Pentadbir Laman
|
|
"Sains dan Matematik Teras Pembangunan". Itu adalah tema Minggu Sains dan Matematik yang dilancarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Muhamad Dan b Mahat di majlis pelancaran pada hari Isnin, 16 Jun 2008. Matlamat Minggu Sains dan Matematik adalah ke arah mencapai sasaran 60:40 serta menjayakan program PPSMI di samping menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Program ini menyediakan beberapa aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar terlibat dan mendorong mereka untuk meminati aliran Sains. Program ini juga adalah sebagai galakan kepada pelajar-pelajar supaya mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk meningkatkan penguasaan konsep serta prinsip-prinsip Sains dan Matematik. Aktiviti-aktiviti yang telah diatur untuk dijalankan sepanjang minggu (16-6-2008 hingga 20-6-2008) adalah seperti berikut: - Pameran Sains dan Matematik
- Lab Tech Relay
- Kuiz Matematik (Bertulis)
- Pertandingan Sifir 3 - 12 (untuk pelajar Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 sahaja)
- Pertandingan Math-Magic (seperti Scrabble)
- Permainan dan Pembelajaran Melalui ICT
- Kuiz Sains (Bertulis)
- Tayangan Filem Sains
- Jejak Sains dan Matematik
|