|
Ditulis oleh Pentadbir Laman
|
|
_________________________________________________________ TN HJ HAMZAH BIN YUSOF
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spam bots, anda perlu ada JavaScript untuk melihatnya.
Alamat e-mail ini dilindungi daripada spam bots, anda perlu ada JavaScript untuk melihatnya. Pengetua SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi


  | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SMK DWAR dan pengunjung Laman Web Rasmi Rasdian ini.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada ‘Webmaster’ Sekolah, En Mohamad Basri Hamzah serta Jawatankuasanya yang begitu komited dalam membangunkan dan mengaktifkan Laman Web Rasmi Sekolah. Harapan saya semoga usaha-usaha ini dapat membantu warga sekolah dalam meningkatkan keberkesanan dalam kemahiran berkomunikasi dan boleh mengakses ilmu-ilmu serta maklumat yang terdapat di Internet.
Kepada para pelajar dan juga bekas pelajar sekolah ini, saya harapkan selalulah melawati laman web sekolah kita untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai sekolah. Anda juga boleh menyumbang artikel untuk disiarkan di sini dan memberikan pandangan dan pendapat di ruangan forum yang disediakan.
Akhirnya, semoga Laman Web Rasdian ini menjadi suatu Portal Pendidikan yang dikenali di daerah Larut Matang dan Selama dan juga di negeri Perak.
Sekian, wassalam. 19 SEPTEMBER 2008 |
|