Google Docs adalah aplikasi pemproses kata, hamparan elektronik, persembahan, dan borang berasaskan web yang ditawarkan percuma oleh Google. Ia membolehkan pengguna-pengguna untuk membuat dan menyunting dokumen dalam talian sambil bekerjasama dalam masa nyata (real-time) dengan pengguna-pengguna lain.
Google Docs bertindak sebagai alat kolaborasi untuk menyunting di kalangan pengguna dan bukan pengguna dalam masa nyata. Dokumen-dokumen boleh dikongsi, dibuka, dan disunting oleh berbilang pengguna dalam masa yang sama. Dalam penggunaan hamparan elektronik, pengguna-pengguna boleh dimaklumkan mengenai apa-apa perubahan melalui e-mel. ___________________________________________ Terjemahan Google Docs - Wikipedia, the free encyclopedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Google_Docs, 3 Jun 2009 Google Docs kini sudah menjadi semakin popular di kalangan pendidik. Pelajar-pelajar dapat bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu projek pembelajaran dengan menggunakan komputer dan Internet di mana-mana sahaja. Hasil kerja pelajar-pelajar ini pula dapat dipantau oleh guru dalam talian. Untuk mengguna Google Docs, anda mesti terlebih dahulu mempunyai akaun Gmail. Walau bagaimanapun, staf SMKDWAR boleh menggunakan akaun e-mel Rasdian yang sedia ada untuk log masuk ke Google Docs. Warga sekolah boleh log masuk ke Google Docs di Laman Utama Web Rasdian. Klik pada pautan Google Docs Rasdian.
Cubalah menggunakannya dan jika ada apa-apa kemusykilan boleh dirujuk kepada Cikgu Basri, Guru Perpustakaan dan Media. Buat dan kongsi kerja anda dalam talian - Muat-naik dan simpan di desktop anda
- Sunting bila-bila, di mana sahaja
- Pilih siapa yang boleh mengakses dokumen anda
- Kongsi perubahan di dokumen dalam masa nyata (real time)
- Fail-fail disimpan dengan selamat dalam talian
- Ianya PERCUMA!
Log masuk ke Google Docs menggunakan akaun Gmail anda. Staf Rasdian boleh log masuk ke Google Docs menggunakan akaun e-mel Rasdian.
|