|
Ditulis oleh Mohamad Basri Hamzah
|

Bilik Tayangan sekolah kita sudah hampir siap. Lokasi bilik tersebut adalah di sebelah PSS. Kerja-kerja mengemas dan menyusun bilik tersebut sedang rancak dijalankan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Bilik Tayangan ini sekarang boleh memuatkan 50 orang murid dengan selesa. Bilik ini dikhaskan untuk pengajaran dan pembelajaran berasaskan audio-visual menggunakan VCD, DVD atau komputer.
Untuk menggunakan bilik ini, guru-guru perlu membuat tempahan di kaunter Pusat Sumber Sekolah. Tempahan penggunaan boleh dibuat mulai minggu hadapan.
|