Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 PDF Cetak E-mel


Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh:  Jumaat, 25 Mac 2011
  • Masa:  3.30 petang
  • Tempat:  Dewan Sekolah

 

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
  2. Ucapan Penasihat PIBG
  3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17
  4. Membentang Laporan Tahunan 2010
  5. Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan
  6. Membincangkan usul-usul bertulis
  7. Ucapan Penanguhan
  8. Cabutan Nombor Bertuah

 

Sehubungan itu, sekiranya ibu-bapa mempunyai sebarang usul bolehlah dikemukakan secara bertulis.  Sila lengkapkan surat jawapan kehadiran dan usul, jika ada, yang disampaikan melalui semua murid.  Usul ini perlu disampaikan kepada Setiausaha PIBG pada atau sebelum 22 Mac 2011.

Kerjasama serta kesudian ibu-bapa melapangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.

HJ MAT RADZI BIN HJ HASSAN
Setiausaha PIBG


Dari album: AJK PIBG yang dilantik di Mesyuarat Agung Kali Ke-17, 2010




Share |

 
< Sebelum   Seterusnya >

rasdian