Ikrar Gemilang 2012 PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Pentadbir Laman   

Kejayaan yang cemerlang bukanlah sesuatu perkara yang memerlukan kita memiliki “super power” atau keajaiban yang menakjubkan. Kejayaan dan kecemerlangan sebenarnya bermula di dalam minda. Dari minda lahirlah wawasan yang diadun dengan usaha yang gigih dan akhirnya menjadi kenyataan. Kejayaan harus dikejar dan bukan milik sesiapa tetapi milik bagi orang yang ingin mendapatkannya. Kadang-kadang orang yang berjaya itu asalnya mereka yang lebih lemah. 

  


Program ini dirancang bagi memastikan semua murid tingkatan peperiksaan tahun 2012 membuat akuan ikrar sebagai jaminan kejayaan gemilang mereka dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi. 

Program sebegini juga diharapkan mampu meningkatkan kesedaran para murid Tingkatan 3 dan 5 tentang pentingnya menetapkan matlamat diri dalam usaha mencapai kecemerlangan bagi menjamin peningkatan kualiti dan kuantiti pencapaian gemilang murid dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012.


 Komen Anda



Share |

 
< Sebelum   Seterusnya >

rasdian