Selamat Tinggal! PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Pentadbir Laman   

 

MAKLUMAN 

Ini adalah catatan terakhir Cikgu Mohamad Basri Hamzah sebagai Pentadbir Laman di laman ini kerana bertukar ke SMK Toh Johan, Trong.  Adalah diharapkan laman ini yang telah dibangunkan sejak tahun 1999 akan diteruskan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih untuk semua warga dan alumni Rasdian yang telah memberi sokongan kepada laman ini. Diharap laman ini akan terus menjadi sumber rujukan serta membantu warga sekolah dalam meningkatkan keberkesanan dalam kemahiran berkomunikasi dan mengakses ilmu serta maklumat yang terdapat di Internet.

Hati sayu merenung malam,
Cengkerik dan unggas meneman diri;
Bertemu berpisah lumrah alam,
Pasti menjadi satu memori. 

SEJARAH LAMAN WEB RASDIAN 

Laman Web Rasdian pertama kali muncul di Internet pada bulan Jun 1999. Setelah tujuh tahun, ia diberi nafas baru dengan paparan muka yang lebih menarik dan maklumat yang terkini. 

Laman web ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh En Mohamad Ravi Abdullah, Penolong PPD Kurikulum (Vokasional & Teknik). Majlis pelancaran telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 23 September, 2006.

Dua tahun kemudian, iaitu pada 10 Mac 2008, laman rasmi sekolah ini sekali lagi berubah wajah dan menjadi lebih interaktif.  Kini laman ini menggunakan Joomla!  Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web.


 Komen Anda



Share |

 
< Sebelum   Seterusnya >

rasdian