HARI KELUARGA DWAR 2012
Ditulis oleh Rozana So-om   

Program Hari keluarga DWAR anjuran KGKT 2012 telah diadakan pada :

Hari     : Sabtu

Tarikh : 6 Oktober 2012

Tempat : Chalet Pak Ya, Teluk Senangin, Segari

Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah sarapan pagi, makan tengahari, permainan kanak-kanak, permainan guru dan cabutan bertuah. Semua guru SMKDWAR dijemput hadir bagi memeriahkan hari keluarga SMKDWAR 2012. Secara keseluruhan, majlis telah berjalan lancar. Diharapkan semua yang hadir dapat bergembira walaupun hanya untuk beberapa jam. Kerjasama semua warga SMKDWAR yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya diharapkan majlis seperti ini dapat mengeratkan ukhwah dikalangan kita.

           

 
Hari Anugerah Kokurikulum & Hari Keusahawanan Muda
Ditulis oleh Nor Mazuin Mohamed Asmayatim   

Image Pada 26 September 2012 (Rabu) telah berlangsung Hari Anugerah Kokurikulum dan Hari Keusahawanan Muda 2012. Acara bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Dataran Kejat dan Tempat Letak Kereta SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi. Sembilan gerai akan dibuka dengan pelbagai menu jualan makanan dan minuman yang menarik dan terbaik. Majlis akan diserikan lagi dengan CABUTAN BERTUAH. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.  "Membeli Sambil Menderma" 

 
Laman Kokurikulum
Ditulis oleh Nor Mazuin Mohamed Asmayatim   

Adalah menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dengan melatih mereka menggunakan masa lapang yang optima serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan.  Hasrat ini dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang menjadi wadah untuk meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif.

Ketahui tentang kokurikulum selanjutnya di laman baru ini.
Sila klik di sini:  http://kokorasdian.blogspot.com/

 
Aktiviti Selepas Peperiksaan
Ditulis oleh Pentadbir Laman   
Baca seterusnya...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Akhir >>

Keputusan 41 - 45 drpd 144

rasdian