Kementerian Pelajaran Malaysia
Utama
Sejarah
Maklumat Am
Pentadbiran
Kurikulum
Hal-Ehwal Murid
Kokurikulum
Diari

 

 

 

 

6 Februari 2008

Sukan Tahunan 2008

Sukan Tahunan 2008 akan diadakan pada hari Rabu, 19 Mac 2008. Seperti biasa, latihan-latihan rumah sukan rancak dijalankan setiap minggu sebelum Sukan Tahunan berlangsung.

Rumah Perdana kini mendahului pungutan mata berikutan dengan kemenangan besar mereka dalam acara Kejohanan Merentas Desa 2008 yang telah dijalankan pada 26 Januari.

Yang menarik pada tahun ini ialah kesanggupan bekas pelajar sekolah ini menaja hadiah untuk Sukan Tahunan:


Catatan di dalam Buku Pelawat pada 4 Februari 2008

Sumbangan seperti ini amatlah dihargai dan dialu-alukan. Jika ada lagi pihak, terutama bekas pelajar, yang ingin menghulurkan sumbangan untuk menjayakan Sukan Tahunan 2008 bolehlah menghubungi pihak sekolah ( E-mail: smkdwarasdi@ppdlms.edu.my ).

 

 

 

 

31 Januari 2008

Merentas Desa MSSD

Tahniah kepada empat orang pelajar kita yang telah mendapat tempat di Kejohanan Merentas Desa, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD), Larut Matang dan Selama yang berlangsung di Kamunting pada 31 Januari, 2008.

Lelaki Bawah 18 Tahun
Tempat Ketiga: Muhamad Fairus b Ahmad, 5KM
Tempat Kelima: Anaathakumar a/l Veerapan, 4KM

Lelaki Bawah 15 Tahun
Tempat Ketujuh: Jeyakumar a/l Veerapan, 2A

Perempuan Bawah 15 Tahun
Tempat Keenam: Siti Nirwana bt Ismail, 3D

 

 

 

 

29 Januari 2008

Majalah Ceria 2007

Kulit Majalah Ceria Majalah Ceria Edisi Ke-9, Tahun 2007 akan mula diedarkan kepada pelajar-pelajar selepas cuti Tahun Baru Cina. "Ceria" adalah majalah rasmi sekolah yang diterbitkan setahun sekali.

Pelajar-pelajar yang telah membayar yuran majalah pada tahun lepas boleh mendapatkan majalah tersebut daripada Guru Tingkatan masing-masing (kelas 2007). Guru-guru Tingkatan Tahun 2007 diminta berurusan dengan Pn Hamidah bt Ayob bagi mendapatkan majalah untuk diedarkan kepada pelajar.

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 2007 pula boleh mengambil majalah tersebut pada hari keputusan SPM diumumkan nanti.

Sila klik pada kulit majalah untuk melihat imej lebih besar.

 

 

 

 

21 Januari 2008

Merentas Desa 2008

Kejohanan Merentas Desa 2008 peringkat sekolah akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Januari, 2008 mulai pukul 7.30 pagi. Acara larian akan dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En Hamdan b Murad, PPT, PJK.

Semua pelajar adalah layak untuk menyertai acara ini bagi mewakili Rumah Sukan masing-masing. Terdapat empat kagetori dalam acara ini iaitu: Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Peserta lelaki (bawah 18 dan 15 tahun) akan berlari sejauh 5 km manakala peserta perempuan (bawah 18 dan 15 tahun) akan berlari sejauh 4 km.

Hadiah akan diberikan kepada 10 pemenang pertama bagi setiap kategori.


 

 

 

 

18 Januari 2008

PSS Akan Diautomasikan

Pusat Sumber Sekolah telah diwujudkan sejak sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri pada tahun 1993. Kini PSS kita sudah berusia lebih kurang 15 tahun. PSS memainkan beberapa peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk menaikkan taraf PSS sekolah tradisional kepada Pusat Sumber Berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di sekolah.  Dengan menggunakan sistem automasi pusat sumber, proses-proses seperti carian, operasi, pendaftaran, pinjaman, laporan, denda, inventori, dan analisa akan dapat dilaksana dengan lebih pantas, cekap dan tepat.

Sistem Automasi Pengurusan Pusat Sumber e-Kutub Khanah™ telah dipilih untuk digunakan di PSS sekolah kita. Sehubungan dengan itu, untuk melicinkan pengurusan pemindahan maklumat ke dalam sistem komputer, ruang utama (bahagian buku umum, fiksyen dan rujukan) PSS akan ditutup selama tiga bulan. Walaubagaimanapun, Sudut Akhbar dan Majalah akan terus boleh digunakan dalam tempoh tersebut.



 

 

 

 

14 Januari 2008

Surau RM170,000 Siap Dibina

Mulai sesi persekolahan 2008, Surau Al-Iman, SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi sudah boleh digunakan oleh pelajar dan guru. Surau yang mula dibina sejak bulan April, 2006 telah siap sepenuhnya pada akhir bulan Oktober 2007 yang lalu.

Menurut Setiausaha AJK Pembinaan Surau Al-Iman, Tn Hj Ahmad Embran b Omar, pembinaan surau ini melibatkan kos sebanyak RM170,000. Surau dibina hasil sumbangan derma daripada banyak pihak, antaranya ialah: Jabatan Pembangunan Negeri Perak, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yayasan Telekom Malaysia, ADUN Changkat Jering, ADUN Trong, sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia dan orang-orang perseorangan. Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan ikhlas para penderma.

Surau Al-Iman mempunyai ruang sembahyang luas yang dapat memuatkan seramai 500 orang, dua tempat wuduk (satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan) serta dua bilik khas untuk guru-guru Pendidikan Agama Islam.

. .

 

 

 

 

12 Januari 2008

Kursus Kepimpinan Pengawas

 

Badan Pengawas Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Bil.1/2008 pada 11 dan 12 Januari, 2008.

Kursus yang dijalankan untuk 86 orang Pengawas Sekolah ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jati-diri pengawas dalam menghadapi apa jua keadaan serta cabaran semasa menjalankan tugas sebagai Pengawas Sekolah.

Berbagai-bagai aktiviti telah diatur dalam kursus dua hari satu malam ini. Dua orang penceramah motivasi dijemput khas untuk menjayakan kursus yang dijalankan. Mereka ialah:

  • En Ahmad Hisham b Abd Rashid,
    Kaunselor, SMK Tengku Menteri, Changkat Jering; dan
  • Tn Hj Zainal Abdidin b Ali,
    Kaunselor, SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.
 

 

 
 

 

 

 

6 Januari 2008

Selamat Bertukar!

Keluar
Masuk


Abdul Razak b Mat Bidin
Guru Akademik - DG 41
ke SMK Shing Chung,
Sungai Siput

 


Sreetharan Nair a/l Gobinathan
Guru Akademik - Pendidikan Jasmani DG 41

Mohd Zaini b Muhammad
Guru Akademik - DG 41
ke SMK RLKT Lasah,
Sungai Siput

 

  Meor Syariezal Bin Mohd Shahar
Guru Akademik - Kemahiran Hidup
DB 27

Amy Loh Liew Yi
Guru Akademik - DG 41
ke SMK Sungai Ara,
Pulau Pinang

 

  Prema a/p Narayanasamy
Guru Bimbingan dan Kaunseling DG 41
Kamaruddin b Ismail
Pembantu Am Rendah, N1
[ Bersara ]
 

Zurita bt Zainudin
Guru Akademik - Maths/Sc/Bio DC 41

 

Mariani bt Salleh
Pembantu Tadbir, N17
ke SK Permatang Raja
Pantai Remis
 

Muhd Termizi B Muhd Suhaimi
Guru Akademik - Prinsip Perakaunan DG 41

 

Mat Isa b Abdul Rahman
Pekerja Rendah Awam, R1
[ Bersara m.d. 17.1.08 ]
 

Adibah Zaraidah bt M Shith Mahir
Pembantu Tadbir Rendah, N11


   

Siti Suhana bt Tumin
Pembantu Tadbir, N17




Selamat Berpisah!
 
Selamat Datang!
 
 



Atas

 


 

>
Siapa Dato' Wan Ahmad Rasdi?
Laman Guru
Daftar Bekas Pelajar (Alumni)
Pautan Pilihan
Ruangan Sembang
Buku Pelawat
Galeri Gambar

 

 


toolbar powered by Conduit

© SMK DATO' WAN AHMAD RASDI, 34850 CHANGKAT JERING. site statistics